THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Renungan....

Tuesday, 6 September 2011

Program Mock Interview 2011



Program ‘Mock Interview’ pelajar tingkatan 5 merupakan satu program tahunan yang wajib dilaksanakan di semua MRSM di Malaysia. Program ini biasanya dilaksanakan pada minggu aktiviti yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5. Program ini sangat penting bagi mendedahkan pelajar tentang pengalaman temuduga. Pada masa kini, kebanyakan penaja-penaja biasiswa dan juga institusi-institusi pendidikan mula menjalankan proses temuduga dalam pengambilan pelajar-pelajar. Program ini bakal diadakan pada 7 September 2011 bermula pukul 2.30 hingga 5.00 petang.
Temuduga biasiswa adalah satu tindakan lanjut daripada urutan peristiwa yang terdiri daripada pengiklanan adanya sesuatu dana atau duit tajaan bagi menyambung pelajaran dalam bidang-bidang tertentu daripada satu pihak sama ada kerajaan, badan berkanun atau pihak swasta. Dalam sesi temuduga itu, berlangsung suatu pertemuaan bersemuka yang teratur antara pihak majikan dan pemohon dengan perbualan atau dialog yang terkawal. Tujuannya adalah untuk mencari calon yang terbaik  untuk ditaja atau dibiayai kos pembelajarannya.


Program Mock Interview yang bakal dijalankan di MRSM Mukah ini dibahagikan kepada dua iaitu perlaksanaan secara individu atau kelompok. Program ini akan melibatkan guru-guru MRSM Mukah sendiri sebagai panel temuduga kepada para pelajar. Program Mock Interview ini akan dijalankan dalam 2 bahasa memandangkan program ini baru pertama kali diadakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris adalah sangat digalakkan bagi meningkatkan keyakinan dan memberi pengalaman kepada pelajar. Ahli-ahli panel diminta untuk membuat pemarkahan kepada setiap calon di dalam borang penilaian yang akan disediakan. Ahli-ahli panel juga digalakkkan memberikan komen yang positif bagi meningkatkan lagi prestasi calon. Seramai 46 calon terlibat dan 12 orang guru sebagai panel temuduga.
            Pada akhir program Mock Interview ini, para pelajar akan lebih mengetahui selok belok temuduga dan akan menjadikan program ini sebagai satu pengalaman untuk mereka bersiap sedia untuk menempuh temuduga yang sebenarnya. Hal ini kerana program ini akan memberi pendedahan yang menyeluruh kepada pelajar baik dari segi penampilan diri, pemilihan kerjaya, keupayaan berbahasa, pengetahuan am, dan dokumentasi pencapaian diri.  Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

0 comments: