THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Renungan....

Monday, 16 April 2012

PROGRAM KHIDMAT BAKTI 2012



Program Khidmat Bakti MRSM Mukah 2012 sedang berlangsung dengan melibatkan 4 buah sekolah rendah sekitar Mukah. Sekolah tersebut iaitu SK Mukah, SK Kg Tellian, Sk Datuk Awang Udin, dan Sk St. Patrick. Program ini berkonsepkan "Teman Belajar" dimana pelajar cemerlang daripada MRSM Mukah dilantik sebagai mentor dan dihantar ke sekolah tersebut untuk membimbing pelajar-pelajar darjah 6. Program ini telah dilancarkan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Mukah, En. Abdul Wahab bin Hj. Sepawi. Program ini akan berlansung sehinggalah menjelang peperiksaan UPSR 2012.

Kem Bina Insan Pelajar SPM dan PMR

Program Gerak Gemilang dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Kem Bina Insan untuk pelajar tingkatan 5 dan 3 bertempat di Kem Belia Kemuyang, Sibu. Diharap Kem ini akan memberi semangat jati diri yang tinggi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2012 ini..

Wednesday, 7 September 2011

GARIS PANDUAN MAJLIS GRADUASI

1. PENGENALAN
1.1  Majlis Graduasi merupakan majlis penganugerahan Sijil PendidikanMRSM yang
       menandakan pelajar-pelajar telah tamat mengikuti pengajian mereka sama ada di
       peringkat menengah rendah ataupun di peringkat menengah atas dengan memenuhi
       syarat –syarat yang telah ditetapkan.
 1.2 Majlis Graduasi merupakan identiti sistem pendidikan MRSM.

2. PROSES PENGANUGERAHAN SIJIL GRADUASI MRSM
2.1 Setiap MRSM perlu menghantar laporan dan senarai pelajar yang layak graduasi
      ke   Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA untuk disahkan dan diperakui
      sebelum Majlis Graduasi boleh diadakan.

3. PERJALANAN MAJLIS GRADUASI
3.1 Pakaian Graduan
 3.1.1 Pakaian untuk graduan lelaki ialah baju Melayu lengkap yang
                      sama warna dan bersongkok hitam.
3.1.2 Pakaian untuk graduan perempuan ialah baju kurung atau kebaya labuh yang
          sama warna dan bertudung putih.
3.1.3 Pemakaian jubah beserta ‘mortar board’ (atau bersongkok untuk graduan
         lelaki) adalah digalakkan.

3.2 Pakaian Tetamu Utama/Kehormat Majlis
3.2.1 Pakaian untuk tetamu utama lelaki ialah  baju Melayu lengkap dan bersongkok
           Hitam.
3.2.2 Pakaian untuk tetamu utama wanita ialah baju kurung atau kebaya labuh.  3.2.3   Pemakaian jubah beserta ‘mortar board’ (atau bersongkok untuk graduan )
           lelaki) adalah digalakkan.
3.2.4 Pakaian rasmi pejabat ialah seperti baju lengan
           panjang dan bertali leher dan berkot atau memakai busjaket.

3.3 Pakaian Ahli-Ahli Senat Maktab
3.3.1 Pakaian untuk lelaki ialah baju Melayu lengkap dan bersongkok hitam
3.3.2 Pakaian untuk wanita ialah baju kurung atau kebaya labuh .
3.3.3 Pemakaian jubah beserta ‘mortar board’ (atau bersongkok untuk graduan
          lelaki) adalah digalakkan.

3.4 Perarakan Masuk/ Keluar
3.4.1 Perarakan masuk adalah mengikut susunan berikut:
3.4.1.1 Pembawa cokmar
3.4.1.2 Para graduan
3.4.1.3 Tetamu utama/kehormat bersama dengan ahli-ahli Senat dan guru-
             Guru
3.4.2 Perarakan keluar adalah mengikut susunan berikut:
3.4.2.1 Pembawa cokmar
3.4.2.2 Tetamu utama/kehormat bersama dengan ahli-ahli senat dan guru- 
             guru
3.4.2.3 Para graduan

3.5 Muzik Latar
3.5.1 Perarakan dan penyampaian sijil diiringi oleh muzik gamelan

3.6 Pengisytiharan Graduasi
3.6.1 Pengisytiharan Graduasi disempurnakan oleh Pengetua

3.7 Ucapan
3.7.1 Hanya dua ucapan sahaja yang perlu disampaikan iaitu oleh Pengetua dan
                     Tetamu Utama/ Kehormat.

 3.8 Cara penyampaian
3.8.1 Semasa penyampaian sijil Graduasi, perkara-perkara berikut mestilah diberi
                     perhatian:
                          3.8.1.1 Pelajar bersedia di bahagian tepi dewan mengikut baris demi baris
              3.8.1.2 Apabila pertama dipanggil untuk menerima sijil, pelajar kedua sudah   
                           bersedia di tepi atas pentas

3.9 Pelbagai 
3.9.1 Raptai penuh perlu diadakan agar dapat melicinkan perjalanan majlis graduasi
          tersebut.
3.9.2 Acara selingan seperti persembahan koir atau nasyid tidak sesuai diadakan
          semasa majlis Graduasi. Majlis Graduasi lebih menekankan aspek akademik. 3.9.3 Majlis penyerahan pelajar juga tidak sesuai digabungkan dengan majlis
          Graduasi.

4. PERASMI MAJLIS GRADUASI
4. 1 Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA mencadangkan agar semua  
       MRSM memilih tokoh tempatan untuk merasmikan majlis:
4.1.1 Tokoh pemimpin masyarakat tempatan
4.1.2 Tokoh Muafakat
4.1.3 Tokoh akademik tempatan
4.1.4 Bekas pelajar MRSM yang berjaya
4.1.5 Tokoh politik tempatan
4.1.6 Pengarah MARA Negeri

4. 2 Perasmi di kalangan tokoh utama Kementerian dan MARA yang ingin dijemput perlulah
        dibuat melalui Pengarah, Bahagian Ehwal Korporat MARA. Antara tokoh yang
        dimaksudkan ialah:
4.2.1 Menteri Pembangunan Usahawan dan Hal-Ehwal Koperasi
4.2.2 Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Hal-Ehwal Koperasi
4.2.3 Pengerusi MARA
4.2.4 Ketua Pengarah MARA
4.2.5 Timbalan Ketua Pengarah MARA
4.2.6 Pengarah-Pengarah Bahagian MARA

5. PENUTUP
5. 1 Diharapkan agar Majlis Graduasi yang diadakan merupakan majlis yang dapat dikenang dan dirasakan begitu bermakna oleh para graduan, ibu bapa dan guru-guru.


Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, Kuala Lumpur

45 MRSM SELURUH NEGARA TAWAR IGCSE MENJELANG 2016

PUTRAJAYA 6 Ogos – Kesemua 45 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara akan menawarkan peperiksaan peringkat antarabangsa, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menjelang 2016.
Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad berkata, penawaran peperiksaan IGCSE dengan kerjasama Cambridge International Examination (CIE) itu membolehkan para pelajar mengikuti pengajian di universiti luar negara lebih awal.
“Buat permulaan, program itu dilaksanakan di MRSM Pekan, Pahang dan disertai 180 pelajar maktab berkenaan.
“Penawaran peperiksaan antarabangsa itu turut dibuka pada tahun depan di Parit, Johor Bahru, Sandakan, Besut, Baling dan Batu Pahat,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Diploma International Baccalaureate (IB) dan Anugerah Kecemerlangan Kolej Mara Banting di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Ibrahim berkata, pelaksanaan program IGCSE itu membolehkan MRSM menawarkan dua sijil peperiksaan kepada pelajar.
“Kita percaya pelajar MRSM berupaya mengambil kedua-dua peperiksaan SPM dan IGCSE kerana mereka merupakan pelajar cemerlang,” katanya.

Tuesday, 6 September 2011

Program Mock Interview 2011



Program ‘Mock Interview’ pelajar tingkatan 5 merupakan satu program tahunan yang wajib dilaksanakan di semua MRSM di Malaysia. Program ini biasanya dilaksanakan pada minggu aktiviti yang melibatkan semua pelajar tingkatan 5. Program ini sangat penting bagi mendedahkan pelajar tentang pengalaman temuduga. Pada masa kini, kebanyakan penaja-penaja biasiswa dan juga institusi-institusi pendidikan mula menjalankan proses temuduga dalam pengambilan pelajar-pelajar. Program ini bakal diadakan pada 7 September 2011 bermula pukul 2.30 hingga 5.00 petang.
Temuduga biasiswa adalah satu tindakan lanjut daripada urutan peristiwa yang terdiri daripada pengiklanan adanya sesuatu dana atau duit tajaan bagi menyambung pelajaran dalam bidang-bidang tertentu daripada satu pihak sama ada kerajaan, badan berkanun atau pihak swasta. Dalam sesi temuduga itu, berlangsung suatu pertemuaan bersemuka yang teratur antara pihak majikan dan pemohon dengan perbualan atau dialog yang terkawal. Tujuannya adalah untuk mencari calon yang terbaik  untuk ditaja atau dibiayai kos pembelajarannya.


Program Mock Interview yang bakal dijalankan di MRSM Mukah ini dibahagikan kepada dua iaitu perlaksanaan secara individu atau kelompok. Program ini akan melibatkan guru-guru MRSM Mukah sendiri sebagai panel temuduga kepada para pelajar. Program Mock Interview ini akan dijalankan dalam 2 bahasa memandangkan program ini baru pertama kali diadakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris adalah sangat digalakkan bagi meningkatkan keyakinan dan memberi pengalaman kepada pelajar. Ahli-ahli panel diminta untuk membuat pemarkahan kepada setiap calon di dalam borang penilaian yang akan disediakan. Ahli-ahli panel juga digalakkkan memberikan komen yang positif bagi meningkatkan lagi prestasi calon. Seramai 46 calon terlibat dan 12 orang guru sebagai panel temuduga.
            Pada akhir program Mock Interview ini, para pelajar akan lebih mengetahui selok belok temuduga dan akan menjadikan program ini sebagai satu pengalaman untuk mereka bersiap sedia untuk menempuh temuduga yang sebenarnya. Hal ini kerana program ini akan memberi pendedahan yang menyeluruh kepada pelajar baik dari segi penampilan diri, pemilihan kerjaya, keupayaan berbahasa, pengetahuan am, dan dokumentasi pencapaian diri.  Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Wednesday, 24 August 2011

Salam Aidilfitri

          Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Semua warga MRSM kelihatan tidak sabar untuk bercuti dan merayakannya bersama keluarga yang tersayang. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil warga maktab yang tidak pulang ke kampung berhari raya pada tahun ini. Diharapkan gembira berhari raya disamping keluarga tercinta. Tidak kurang juga ada yang sedih tidak dapat menyambut perayaan bersama insan tersayang kerana kehilangan ahli keluarga yang pergi menyahut panggilan Ilahi. Semoga Allah merahmati pemergiannya.
          Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.  Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan  ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua warga MRSM Mukah. Maaf Zahir dan Batin.


Tuesday, 16 August 2011

Salam Nuzul Quran 17 Ramadhan 1432H

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15